Pada minggu ketujuh ini kami sepatutnya sudah membuat pembentangan tetapi Dr Siti Fatimah memberi masa kepada kami untuk memperlengkapkan lagi slideshow kami dan fahamkan tajuk tajuk untuk kami bentangkan. Semasa kami sedang melakukan tugasan, Dr Siti mengenalkan kepada kami tentang google maps. Google maps ini sejenis aplikasi untuk masyarakat gunakan apabila pergi ke tempat baharu atau lebih senang kata ia sebagai peta tetapi google maps lagi mudah untuk digunakan. Google maps ini mempunyai peta yang meluas, kita hanya cuma menulis alamat tempat yang mahu kita tuju. Selain itu, kita juga boleh melihat tempat tinggal seseorang dengan memasukkan alamat dan kita dapat lihat di mana tempat tersebut berada
Dr Siti Fatimah berkongsikan pengalaman beliau menggunakan google maps. Beliau mengatakan google maps ini lebih mudah berbanding waze. Dr Siti juga berpesan kepada kami supaya apabila menggunakan google maps ini perlu berhati hati dan tidak berkongsikan alamat kita berada kepada umum. Ia sangat bahaya kerana berkemungkinan ada yang mahu mengambil kesempatan terhadap diri kita. Jadi kita perlu berhati hati kerana sesuatu itu ada kebaikannya dan keburukannya.

Kesimpulannya, bagi memudahkan pencarian kita semasa kita berada di luar kawasan yang kita kurang tahu, haruslah kita menggunakan aplikasi ini kerana ia cepat dan senang untuk digunakan.