Assalamualaikum semua berjumpa lagi kita pada minggu keenam
Pada minggu keenam ini kami perlu membuat slideshow menggunakan google slide tentang tugasan kami iaitu Perisian asal berlesen dan Perisian sumber terbuka dimana kami perlu membentangkannya di dalam kelas. Pada mulanya saya dan rakan tidak mengetahui akan perisian ini, apabila diterangkan oleh Dr Siti kami perlahan lahan memahami apa itu google slide.

Seperti gambar di atas, google slide ini sama cara penggunaan dengan powerpoint tetapi bagi saya google slide ini lebih selesa digunakan untuk membuat pembentangan. Selain itu juga, untuk menggunakan slide ini kita perlu tahu menggunakan prinsip CASPER. Apa itu casper? Casper adalah panduan menyusun media seperti teks,grafik,animasi dan video pada sesuatu persembahan yang dapat meransang perhatian dan minat penonton.
CASPER adalah singkatan dimana:
C = contrast(perbezaan yang ketara)
Perbezaan antara dua objek, pembangun perisian perlulah memilih warna yang kontra.
A = alignment(susunan lurus)
Setiap item yang hendak diletakkan dalam muka perisian perlulah seimbang dengan muka perisian supaya kelihatan lebih menarik.
S = simplicity(mudah)
Grafik dan animasi perlulah ringkas dan dapat merangsangkan pengguna memahami maksud yang disampaikan.
P = proximity(berhampiran)
Item yang digunakan dalam muka perisian perlulah dikumpulkan pada satu kawasan, supaya nampak keseimbangan yang wujud antara item.
E = emphasis(penekanan)
Memberi penekanan kepada perkara yang dirasakan penting.
R = repetition(pengulangan)
Terdapat satu piawai antara muka perisian supaya pengguna akan dapat mentafsir dan memahami dengan mudah arahan yang diberikan oleh perisian. Pengulangan akan membantu pemahaman pengguna
Dengan menggunakan prinsip CASPER ini kami dapat membuat tugasan dan pembentangan dengan lebih menarik.