Assalamualaikum kepada semua pembaca blog berjumpa lagi kita pada minggu ke4
Permulaan aktiviti minggu ini adalah dengan membincangkan tentang tugasan yang diberikan oleh Dr Fatimah pada minggu lalu, ada beberapa soalan yang timbul ketika perbincangan itu dan Dr Fatimah telah menerangkan dan menjawab soalan itu dengan baik sekali. Sedikit demi sedikit kami dapat memahami dengan jelas sekali.
Seterusnya pada minggu ini sesi pembelajaran diteruskan lagi, Dr Fatimah memperkenalkan kami dengan lebih luas mengenai google. Saya serta rakan sekelas tidak menyangka bahawa google ini mempunyai banyak cabang untuk kita mencari maklumat dengan lebih mendalam dan lebih mudah. Contohnya dengan menggunakan google book dan juga google scholar.

Gambar diatas adalah contoh untuk google.book dan juga google.scholar. Kemudian selepas Dr Fatimah menerangkan mengenai google, beliau memberi tugasan kepada kami untuk dilakukan pada minggu ini. Saya dan rakan berbincang bagaimana untuk kami melakukan serta menyiapkan tugasan tersebut sehingga waktu pembelajaran tamat. Dr Fatimah membantu menyelesaikan tugasan kami dengan memberitahu kami untuk pergi melawat ke perpustakan UKM supaya dapat mencari lebih banyak maklumat untuk kami meyiapkan tugasan.